}
Phineas and Ferb busted

Phineas and Ferb being brainwashed

Saya sedang menonton cerita Phineas and Ferb sekarang ni. Antara cerita kartun yang saya approve untuk ditonton dirumah. Hari ini kisahnya mengenai Candance berjaya menunjukkan kepada Mak mereka apa yang Phineas dan Ferb cipta. Selalunya apabila Candance cuba beritahu kepada mak mereka, maknya akan jawab, “Candance, you are delusional.”

Kesian Candance.

Phineas and Ferb build a flying car and Candace finally busts them. They get sent to reform school to have their spirits broken and imaginations removed.

Anyway, Phineas and Ferb dihantar ke reformatory school  sebagai hukuman kerana membina menara bagi kereta terbang dan kemudiannya menara itu jatuh serta merosakkan rumah mereka.  Disana, kanak-kanak dibrainwash dan kreativiti, imaginasi dan fantasi dihilangkan daripada fikiran mereka.

Kasihan. Namun akhirnya Candance menyelamatkan mereka kerana Candance sedar dia rindukan adik-adiknya AS-IT-IS.

Point saya adalah

1. Kita perlu terima seseorang seadanya. Adakala kita rasa sangat annoyed dengannya tetapi cuba fikirkan perkara-perkara baik yang ada padanya.

2. Kanak-kanak memang dilahirkan dengan kebolehan berimaginasi dan berkreativiti. Sifat ingin tahu mereka banyak membantu mereka.  Namun, sifat ini perlu dipupuk dan digalakkan kerana melalui kreativiti, mereka akan belajar proses menyelesaikan masalah yang berguna bagi kehidupan mereka dimasa hadapan. Pengajaran negatif,

Beberapa cara untuk meningkatkan keyakinan anak-anak dan meningkatkan fantasi serta imaginasi mereka.

1. Bantu mereka membaca buku yang bagus. Buku itu gerbang ilmu. :)

2. Beri mereka tanggungjawab seperti orang dewasa. Bawa mereka ke kedai dan minta mereka belikan beberapa barang yang mudah. Kids love playing adult. :)

3. Bermain blok dengan mereka. Bermacam-macam projek mereka boleh lakukan dengan menggunakan blok. Ia boleh membantu kemahiran motor (motor skills) juga.

4. Gunakan alatan muzik seperti rekorder, gitar, dan harmonika. Adakala ibubapa tidak gemarkan bunyi bising, tetapi ia bagus untuk kreativiti. Boleh juga buat peralatan muzik sendiri menggunakan senduk dan periuk atau baldi.

5. Origami serta menggunting kertas  juga bagus untuk meningkatkan konsentrasi dan fokus. Ia juga bagus untuk koordinasi tangan dan mata. Cuma aktiviti ini perlukan pengawasan orang dewasa.

Cubalah beberapa perkara yang telah disenaraikan. Apalah sedikit bunyi bising dan kekotoran jika dibandingkan dengan benefit yang akan mereka perolehi.
:)

Related Posts:

Comments


Powered by Facebook Comments

Doa in Labour

[caption id="attachment_3132" align="aligncenter" width="252" caption="credit to: http://www.birthcottage.com/nh-midwives/waterbirth.html"][/caption] اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا ...

Ramadan Mubarak

  Insya Allah, kita akan menemui Ramadan sekali lagi dua hari ...

Seerah Trail from Le

Seerah Trail (Jigsaw Puzzle) RM62 (Disc. 10% until end of June ...

ALIMKids Playgroup M

Alhamdulillah we were featured in ALIMKids.com blog recently. Do check the ...

Karnival Kelab Susu

  Berita baik untuk semua ibubapa di Melaka, Kelab Susu Ibu ...

Doa in Labour

[caption id="attachment_3132" align="aligncenter" width="252" caption="credit to: http://www.birthcottage.com/nh-midwives/waterbirth.html"][/caption] اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا ...

Ramadan Mubarak

  Insya Allah, kita akan menemui Ramadan sekali lagi dua hari ...

Seerah Trail from Le

Seerah Trail (Jigsaw Puzzle) RM62 (Disc. 10% until end of June ...

ALIMKids Playgroup M

Alhamdulillah we were featured in ALIMKids.com blog recently. Do check the ...

Karnival Kelab Susu

  Berita baik untuk semua ibubapa di Melaka, Kelab Susu Ibu ...