}

Ada rakan yang bertanya pada saya tentang tips banyakkan susu kerana apabila beliau mengepam, susunya kurang.

Berikut jawapan saya, namun diingatkan, adalah lebih baik jika anda mendapat maklumat dan keterangan lanjut dari Lactation Consultant. BYC ada juga LC tapi beliau masih lagi sibuk dengan kerja hakiki.

:)

Soalan (sudah diedit bagi tatapan umum),

anyway… saya ada soklan psl bf.. anak saya tak nak minum dari botol… asyik nak menyusu je.. camno nk buat. lagi 1, saya  guna pump manual pureen.. payah tul susu nak kuar.. last-last saya guna jenis manual yg picit getah merah tu… yg tu buleh collect sikit2 la… paling byk pn dpt 3auns. so mcmana nak rangsang supaya susu kuar byk masa pump.. bila free bgtau saya yek… TQ

Jawapan saya,

Mesti anda rasa letih kan sebab anak nak menyusu. Macam tiada kerja lain boleh dibuat selain dari anak tu bergantung je kat kita. :) )

Memang ada anak yang tak mahu hisap dari botol. Terutamanya bila mak ada bersama. Tak mengapalah, cuba galakkan dia bermain selain daripada menyusu. Biasanya kes macam ni, baby nak comfort feeding je.

Saya andaikan kalau dengan orang lain dia OK kan?

Untuk membanyakkan susu, anda boleh pam sambil menyusukan dia. Itu namanya double pumping.
Selalunya feedback orang kalau buat double pumping susu memang banyak kerana stimulasi lebih baik.

Di pejabat, bawa gambar anak atau simpan video anak dalam handphone, mainkan video anak semasa hendak mengepam. Itu pun boleh bagi let-down, atau susu keluar dengan cepat.

Kadang kala breastpump pun main peranan.

Sebenarnya, anda boleh boleh belajar pump guna tangan. Namanya kaedah marmet. Caranya picit bahagian areola (hitam) tu dan bukan puting. Dalam masa sama, tekan breast ke dada (dalam) secara serentak. Kemudian pusing 360 darjah sampai rasa kosong.

Pam-pam macam yang anda guna tu saya pun guna semasa menyusukan Umar. Memang agak mengecewakan.

Akhirnya saya berhenti mengepam dan menyusukan. Kalau ada rezeki lebih boleh la beli breastpump yang lain.

Medela harmony atau Avent Manual Breastpump pun OK.  Harganya agak murah, jika di BYC hanya RM180.

Kalau lebih sikit boleh guna pump elektrik. Spectra 3 paling murah, boleh buat double pumping lagi. Tapi agak bulky dan payah nak bawa kesana kesini. Tapi jangan risau. Kini banyak beg untuk bawa spectra. Saya pun guna spectra untuk 4 tahun penyusuan.

Ameda Purely Yours pun pam elektrik dan harganya RM750 harganya. Saiznya lebih ringan dan mudah dibawa kemana-mana.

Kalau duit lebih lagi guna Avent Single Uno atau Medela Swing. Itu pam elektrik tapi sayangnya boleh single pumping sahaja.

Kalau duit berlebihan, dan ada plan nak anak lagi dimasa hadapan, apa kata invest lebih sikit beli Medela Freestyle atau Avent Twin Electric. Pump elektrik, boleh buat double pumping. Kalau nak pump tak pegang pam pun boleh dah.

Sambil mengajar sambil pam. Serious, ramai orang buat dan tidak dapat dikesan langsung kecuali oleh orang yang tahu mengenai pam.

Tapi apa pun, kena pump dengan kerap, gunalah apa cara pun yang boleh asalkan susu keluar dan breast dikosongkan. makan dengan seimbang.

Beri susu dengan kerap dan selalu. Lebih kerap anak menyusu, lebih banyak signal dihantar ke otak untuk menghasilkan susu. Demand-Supply Concept.

Dan Doa, Doa, Doa.

Good luck and don’t give up.

Related Posts:

Comments


Powered by Facebook Comments

14 Responses so far.

  1. zaza says:

    “Sambil mengajar sambil pam”
    how do you do that wa? tapi susah sikit untuk org tak pakai tudung like me ek.

    btw Freestyle nye motor agak noisy. memang akan notice punya. Swing is quieter tapi single pumping aje lah.

    • wawa says:

      kan ada pumping pal, so boleh gantung je. Kau tak mengajar kan? dok kat office je kan, so boleh guna juga. Eh freestyle pun ada gak kan handsfree kit tu?
      kalau tak pakai tudung, then kau boleh pakai nursing cover. tapi agak obvious jua disitu. atau gunakan shawl.

      Ala-ala petronas office itu sangat sejuk. :)

      Thanks for the info on freestyle motor sound. So ada extra points for swing disitu. Tapi itulah, swing boleh single pumping sahaja.

  2. Iffa says:

    Salam,

    Sekadar ingin berkongsi, ramai ibu2 yang telah mencuba Supplement Breastfeeding Set Shaklee. Alhamdulillah, kesemuanya berpuas hati dengan hasill susu masing..selain anak dan ibu turut mendapat faedah kesihatan yg lebih baik..baca selanjutnya di blog kami..

  3. zaza says:

    Wa, just sharing on the update on my production low sebab period haritu. My BF buddy here suggested drinking dried longan, so alhamdulillah dah improved.

    Cara dia rebus dried longan tu and minum airnye. The taste is quite bland so boleh lah tambah dried kurma ke or any berries. To those yang tak jumpa dried longan, lychee works too (at least for me).

    other than that, petua nenek saya ialah amalkan makan jantung pisang. tips lain yang saya belajar dalam prenatal class is masa mandi urut breast, and jgn lembut2 sgt. tekan kuat2 sket.

    and yes, doa itu penting!

  4. adminbyc says:

    zaza, that longan tips, it worked on me too. I bought YEO’s longan drink and sengkuang cina too.
    Kalau rajin rebus dried longan mmg berbaloi-baloi sebab banyak boleh dapat kan.

    Funny story about longan and sengkuang cina, i asked my husband to get me longan or sengkuang cina, but he got through the hassle looking for longan cina.

    In the end, dia bawak balik longan dalam tin imported from China.

    Huhu.
    :)

  5. Wan says:

    Salam..

    Mana nak cari dried longan kt putrajaya ni ye..any idea?kalau makan longan segar (buah longan) berkesan tak?i really need to increase my EBM stock..huhu

    • adminbyc says:

      biasanya bolej jumpa dried longan kat kedai runcit. di mydin dan tesco pun ada juga bahagian makanan kering. low milk supply boleh jadi mcm2 sebab tau. kena faham breasfeeding pattern and behaviour selain dari cuba makanan2 ni.

      pengosongan breast sangat penting, baru otak diberi signal supaya lebih byk susu diproduksi.

      semoga tetap gigih ya.
      :) rujhan mesti suka ibunya bersungguh2 beri terbaik utk dia.

      • EMELIA says:

        saya nak kembali bekerja tapi anak kecik saya x nak terima susu guna botol.. mcmana ye?

        • azurah says:

          Maaf lambat balas puan.
          Sudahkan puan cuba berikan ebm dengan cara lain selain botol. Adakala lebih mudah guna cara lain seperti sudu dan cawan.
          Satu cara lagi adalah dengan meminta bantuan orang lain untuk memberikan susu botol kepada anak puan Emelia. Biasanya anak yang menyusukan tidak mahu menyusu dalam botol jika ibunya ada berdekatan.
          Puan juga mungkin perlu cuba pelbagai jenis puting sehingga anak puan rasakan sesuai ungtuk dirinya.
          saya doakan supaya puan berjaya dan dapat kembali bekerja dengan tenang.

        • nurul says:

          salam..baby sy pn alami keadaan yg sama..dh cuba avent,tommee tippe,dr.baby tp smua xnak..last2 baby nk botol NUK puting kaler kuning no.1 saiz S..cdangan dr sepupu sy..n cdngan dr azurah pn btul,kena org lain bg dulu..gud luck

  6. sarah says:

    Ya..sy pun pernah alami baby xnak susu dlm botol..dia nak direct jer..mcm admin kt sbb si ibu dkt dgn baby jd sbb tu dia xnak..so ape yg sy buat adalah 2 mggu sblm start kerje…sy paksa slow2 bg baby minum dlm botol..mula2 dia akan minum n buang byk…sbb dia xleh terima..tp alhamdulillah..lm2 dia ok…blk kerja memg baby nak direct feed jer….

    cuma skrg ni jer kurang dah nak direct feed..so have to pump n keep it in fridge…but my problem skrg…susu makin berkurgn…sbb baby hanya nak diret bila waktu dia tidur or “mamai”..bila siang..waktu cuti minum kejap2 pastu cabut n xmau dah….any suggestion?dah try makan ubat ,power pumping….tp….nthla…mgkin ada cr lain?

    • Min says:

      saya pun alami masalah sama. tapi saya anggap masalah kecil. bby saya xmau df bila waktu siang. mayb dia ingat ..siang duduk rumah mama mengasuh kena guna botol. bila balik keje hari cerah lagi so saya bawa masuk bilik n tutup langsir bagi gelap sikit, baru dia nak df. tapi kalau hari sabtu n ahad..ok je dia nak df. kelakar pun ada gak.

      Sarah.. saya dulu jadi mcm awak.. tapi since saya dah tahu bby pilih botol dari df, saya kerap pam..saya terpaksa buat mcm tu kalau tak susu akan decrease, nanti kita yg tension. Mr.Hubby pun slalu ingatkan saya ..’pam susu tu nanti kering adriana xde susu’ moral support dari family n self motivated sangat penting. yg penting doa dan setiap 3 bln renew niat/nawaitu utk bf. insyaallah


Doa in Labour

[caption id="attachment_3132" align="aligncenter" width="252" caption="credit to: http://www.birthcottage.com/nh-midwives/waterbirth.html"][/caption] اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا ...

Ramadan Mubarak

  Insya Allah, kita akan menemui Ramadan sekali lagi dua hari ...

Seerah Trail from Le

Seerah Trail (Jigsaw Puzzle) RM62 (Disc. 10% until end of June ...

ALIMKids Playgroup M

Alhamdulillah we were featured in ALIMKids.com blog recently. Do check the ...

Karnival Kelab Susu

  Berita baik untuk semua ibubapa di Melaka, Kelab Susu Ibu ...

Doa in Labour

[caption id="attachment_3132" align="aligncenter" width="252" caption="credit to: http://www.birthcottage.com/nh-midwives/waterbirth.html"][/caption] اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا ...

Ramadan Mubarak

  Insya Allah, kita akan menemui Ramadan sekali lagi dua hari ...

Seerah Trail from Le

Seerah Trail (Jigsaw Puzzle) RM62 (Disc. 10% until end of June ...

ALIMKids Playgroup M

Alhamdulillah we were featured in ALIMKids.com blog recently. Do check the ...

Karnival Kelab Susu

  Berita baik untuk semua ibubapa di Melaka, Kelab Susu Ibu ...